Monday, December 27, 2010

refresh hati..(selamat tinggal dua puluh sepuluh)






Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah..



Bila kita berniat...Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Wednesday, July 14, 2010

KEHILANGAN SEORANG SAHABAT (Bermula Dari Sebuah Gurauan Akhirnya Menjadi Kenyataan).













Terpaku aku mendengar berita bakal kepergiaanmu,
Tersentak, bergetar, luluh dan perih segala,
Termanggu dalam hening jiwa,

Sahabat ku....
Terkenang segala macam cerita pernah berlaku antara kita semua,
Teringat senyum yang pernah kau hadirkan untuk kami semua,
Terpesona ceritamu yang sering menyejukkan jiwa kami semua,
Terkagum tentang nilai ketegaran, semangat dan persahabatan yang pernah kau torehkan untuk kami semua,

Hari ini,
Aku dan para sahabat yang lain terpanah, termanggu diam mengintari cakerawala,
Meski pun ketawa gembira,
Tapi jiwa kami semua redup umpama awan mendung,

Sahabat ku.....
Meski kau telah tiada di samping kami semua nanti,
Namun namamu tetap terpatri di relung hati kami,
Sebagai seorang “Sahabat terkasih, Sahabat tercinta, Sahabat tersayang”
Kami kirimkan semangat kami pada mu,

Selamat terbang Merpati Putih,
Terbanglah ke sarang baru mu itu,
Lepaskan semua lelah dan deritamu semasa di sini,
Tersenyumlah pada masa depan bakal memimpin,

Jangan hiraukan dan jangan toleh,
Pada kami yang akan kehilangan mu,
Kerana kami yang terdiam tak bisa berkata,

Pergilah sahabat, adik yang pernah kami sayangi,
Kami akan tetap mengenangmu,
Jasa mu terlalu banyak di sini,
Bakti mu sukar dilupakan,

Selamat jalan Sahabat ku,
Semoga Tuhan merahmati mu di tempat baru,
Ya, Robbi kau kuatkanlah semangat juangnya,
Bukakanlah pintu masa depan yang baik baginya.
Amin, ya Robbalalamien.

Saturday, June 12, 2010

SEKADAR RENUNGAN : RAHSIA HUBUNGAN PASANGAN MENGIKUT URUTAN DALAM KELUARGA



Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir. Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?


Kepercayaan sekadar satu panduan. Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga. Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung VS sulung :

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung VS Tengah :

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung VS Bongsu :

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah VS Tengah :

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah VS Bongsu :

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu VS Bongsu :

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Monday, April 5, 2010

SEKADAR RENUNGAN, SIAPA KITA...





KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH
KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif,
berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah
dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan
diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik
tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk
di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak
dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak
pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati
untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila
dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat
sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka
berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi
tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan
boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan
pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah
simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan
sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi
perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn
hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang
sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada
perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan
pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang
tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain &
menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental &
fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi
oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa
diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan
yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai
anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai
yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka
menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat
marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang
sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema
Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang
mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada
barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka
menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk
dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi
sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak
suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka,
caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan
pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan
peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka
tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari
segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah
terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat
kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap
orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap
kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai
harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar
biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin &
terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya
pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah
memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka
hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang
luas Bersistematik (betul ke ni Mem, tp mcm betul je?)

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat
menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong &
berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa
berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam
pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat
dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi
yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong,
bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat


NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru
yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan
tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat
yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang
bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu
degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka
marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai
muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan
daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai
berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai
berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan
dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka
menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka
bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat
marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat
tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran
dengan logic.

Saturday, March 13, 2010

2010 WORLD CUP




World Cup tiba lagi...., nampaknya terpaksa la berjaga sampai ke pagi biasa la orang lelaki kalau tidak minat bola sepak memang tak sah. Lain lah orang perempuan (termasuk la tokey ni blog kot) bukannya kisah sangat tentang bola sepak ni, yang diaorang minat main badminton je, tu pun cara nak pasang jaring badminton dengan betul pun tak tau rasanya (jangan marah).......


Apa pun my favourite team mesti la Brazil.









Wednesday, March 10, 2010

kenapa blog bersawang??sebab ......

lamenye blog ni kena tinggal...siap ade labah labah..cis!!!ape nak buat,empunye tuan agak sibuk (sumpah tak tipu)...tapi,rutin tdo time tghari tetap tak bleh missed!!nak tau kenapa dan apa yg "sibuk" sgt tuh???scroll down please....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebab sibuk yg pertama 

watie.... (nama sebenar)
dia ni yang memandai mandai  beli tiket pegi medan.. .sbg sahabat yg baik (uwekkk),i followww..... =)
















sebab sibuk yang kedua

berkelah waterfall....
siape2 yg blum smpai lagi tuh
(i mean puncak ye,setakat main celup celup kaki kt bawah tu,baik takyah cite),cepat cepat la datang sini...adalah sgt tidak mengecewakan!!






tetap tabah walau pun kena naik lori...
berbaloi baloi....












sebab sibuk yang ketiga

kuching trip!!!
yang ini mmg dirancang...bermula dari pilih tarikh,beli tiket flight, carik hotel,sewa van,tempat-tempat yang nak pegi, semuanya aku yg uruskan..siap buat tentatif okeh!!wah semangat tul klu bab bab gini..aku memang suke!!








sebab sibuk yg keempat & seterusnya

kerja!!kerja!!kerja!!
(nota kaki:gambar sekadar hiasan)











i hate to write lesson note!!!but i have to!!menjelangnya khamis yang berbahagia,maka aku akan bertungkus lumus untuk siap kan benda nih!!and....automatically i fell asleep at my desk.   (Okay, I DID fall asleep)....zzzzzzzzzzzz
(nota kaki:gambar masih sekadar hiasan)






okey..itu aje...




 
















Monday, March 1, 2010

BLOG BERSAWANG


Mana tokey blog ni? Sibuk outstation la ni.....